8 Tanda Awal Kencing Manis Yang Perlu Anda Tahu

Kencing manis ni selalunya dikesan bila kita lalui ujian dia, which is melalui ujian darah. Pernah kan kita tengok ada satu alat ni cucuk kt hujung jari untuk keluarkan darah se-cotet, then darah tu akan di ambil guna satu strip tu lepas tu uji dekat alat yang lain. Alat ini akan bagitahu berapakah kadar gula dalam darah kita. 
Macam ni rupa dia

Tapi, jika anda seorang yang health conscious (prihatin tentang kesihatan) ni, mungkin boleh lah kita monitor perubahan fizikal & rutin badan kita ni. Sebab nak check perubahan dalaman mana nak nampak!
Jom kita tengok 8 tanda awal kencing manis sebelum kita pi check kat doktor!

1. Dahaga lain macam dan selalu pergi toilet pada waktu malam (buang air kecil)
Dahaga ni adalah tahap yang lepas minum pun masih rasa haus, memang sesuatu la tu. Sebab apa? Bila ada banyak gula dalam darah, buah pinggang kita kena kerja lebih untuk keluarkan gula ni melalui urine. And sebab tu kita asyik nak pi toilet je, and sebab asyik pi toilet ni yang buat kita haus selalu. 

2. Hilang berat badan tanpa sebab
Ini kalau I yang kena ni, tak memasal I melompat kegembiraaan. Ye lah, bertahun struggle dengan berat badan. Kalau sesekali dapat turun berat tanpa buat apa-apa, agaknya dah sujud syukur! Tapi nasib lah I baca pasal kencing manis ni. Bila insulin tak bekalkan gula dekat sel-sel dalam badan kita which akan di-convert menjadi tenaga, badan kita terpaksa lah gunakan lemak-lemak terbuku di badan tu untuk menghasilkan tenaga. 

3. Asyik lah lapar 
Kencing manis ni jadi sebab insulin dalam badan tak dapat berfungsi dengan betul. So kadar gula dalam darah ni tak stabil, kejap tinggi kejap rendah. Ini yang sebabkan nerves menghantar signal yang perut lapar ni. Padahal tak pun. 

4. Luka lambat sembuh
Kita selalu dengar orang kencing manis ni elakkan lah ada apa-apa luka sebab lambat baik. Kalau tak tahu tu, ni kira ilmu baru lah ye. Sebabnya? Sebab saluran darah dah rosak akibat glukosa yang berlebihan dalam darah ni dah bergerak ke urat dan arteri. So darah yang diperlukan untuk sembuhkan luka tu tak sampai ke luka tersebut. 

5. Selalu penat and cepat marah 
Bila badan terpaksa bekerja lebih (buah pinggang tadi) dan frequent trips pegi tandas akan buat badan penat, of course. Jadi bila dah penat tu, jadi marah aje sebab mood dah tak baik!

6. Potensi kena jangkitan kulat
Especially kepada kaum hawa, kencing manis ni lemahkan immune system badan yang akan sebabkan pembentukan yis (candida) pada faraj. 

7. Vision jadi kabur
Pandangan jadi kabur, macam rabun! Kerana glukos yang tinggi tu memberi kesan kepada retina mata kita. Jika anda memang rabun, monitor if anda makin rabun dalam masa yang singkat. Kalau perkara ni berlaku, cepat-cepat pergi consult dengan doktor kerana kalau dibiarkan, boleh menyebabkan kecacatan kekal. Buta. 

8. Ketiak hitam!
Bukan ketiak aje, basically bahagian badan yang berlipat-lipat sikit seperti ketiak dan leher. Ini tanda yang badan dah mula resist (penentangan) kepada insulin - walaupun kadar gula tu masih tak berapa tinggi!

Bila anda perasan tanda-tanda ni ada pada anda, terbaik jika anda terus consult doktor. No harm in doing that! Kalau false alarm pun takpe, at least kita dah confirmkan ia bukan kencing manis kan? Mengesan pada peringkat awal kan lebih baik, at least boleh lah lakukan prevention awal sebelum terpaksa cucuk insulin atau sebelum kaki mula naik kudis dan rosak. 

Antara supplement yang BAGUS untuk membantu mengembalikan kesihatan badan kita is Vivix Shaklee. Kerana Vivix ni akan membaiki sel-sel yang rosak dalam badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas ni lah yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik macam ni 'attack' kita. 

Kalau tak percaya, boleh baca testimoni di SINI! :)


Jika anda ada any concern tentang tahap kesihatan anda dan anda nak usaha menjadi lebih sihat, boleh lah contact saya untuk FREE consultation.

Sara Amelia
Shaklee Independent Distributor
Whatsapp No : +6011 3788 4868
Emel : revampwithsara@gmail.com
IG/FB : @revampwithsara/ Revamp with Sara


No comments:

Post a Comment