Kisah Seorang Sahabat Filipino Yang Berjaya!

Semalam sempat luang masa dengan my Filipino friend yang sama-sama kerja di Italy dulu. Namanya Madel.


She is my definition of DREAM BIG!

Sebab apa?


Ramai Filipino pergi kerja dekat Itali sebab nak provide lebih money kepada keluarga, mainly kat Philippines. Macam Madel, mak Madel dah berada di Itali selama lebih 20 tahun buat macam-macam kerja untuk support family dekat Philippines. Tak silap I maknya sorang diri je pergi ke Itali, the rest of the family ada kat Philippines.

Then 6 tahun lepas Madel pun join maknya kat Itali, nak bekerja cari duit lebih untuk family. Beliau pernah cakap macam-macam kerja dah buat including jaga orang tua (yes ramai Filipino kerja as caretaker kat Itali).

Tapi, dia taknak buat kerja tu je. Dia nak change the perception of people yang Filipinos yang kat Itali ni kerja as cleaners, caretakers, etc. Oh and dia pernah kerja dekat Laduree!

I kenal dia in 2015, masa tu memang nampak dia struggling. Kurus keding tak cukup tidur. Kerja di expo, at the same time dia start jadi personal shopper. Bayang kan siang malam dia cari buyers dari Philippines.

And by the end of 2015, her persistence was paid off. Bisnes dia semakin maju. Dari balik Philippines sekali dalam 5 tahun dia start kerja kat Milan, sekarang dia balik tiap dua bulan. Mampu support parents and adik2 yang tengah belajar. Handbag kasut semua pun mahal2 kikikiki

Semalam masa borak2, dia cakap dia dah beli banyak lot tanah kat Philippines. Dia siap cakap "my future husband is gonna be very lucky to be married to me" kikiki,

In 2015, dia promised me yang dia akan datang visit Malaysia. And now, dia siap sempat singgah one day before pegi travel tempat lain.

And in this one year, baaaanyak tempat dia travel. Pergi Paris macam tiap bulan kot. Jalan-jalan sambil shopping untuk customer.

Kalau borak dengan dia memang dia penuh dengan dreams, cuba beza dia dengan ramai orang, dia sangat persistent dan goal driven. Macam tak penah je I tengok dia ni ada hari-hari down. She knows what she wants dan dia worked hard to get it.

BIG WHY beliau sangat kuat.

Sempat serap semangat dia semalam.

To Madel, dont try too hard to understand this (or maybe u wont at all haha) but I am telling the whole world about how you have motivated me to always work for my dreamsssssssss.

Gambar kenangan bersama di Florence, Italy
Ni pulak masa kat Disneyland, Paris. Tengok muka I yang penakut tu!

No comments:

Post a Comment