Tips Menghilangkan Bekas Jerawat Hitam Supaya Tak Perlu Makeup Tebal

Stress kan bila muka naik jerawat, macam-macam lah kita sapu nak kasi dia cepat surut. Bila jerawat yang siap ada mata tu, lepas dah meletussss bak gunung berapi - berbekas pulak kat muka, hitam-hitam taknak hilang!

Lepas tu ada pula majlis dinner tahunan pejabat ke atau ada wedding saudara ke, dah pulak kena pakai makeup tebal sebab nak tutup bekas-bekas jerawat ni - terus jadi GOMAK!


Stress kan?

Saya faham, sebab I sendiri memang dari darjah 5 muka ni naik jerawat tak berhenti-henti! Dah lebih 20 tahun dah tu, tak penat-penat lagi jerawat ni nak hinggap kat muka.

JOM kita sama-sama cuba tips menghilangkan bekas jerawat hitam: 

1. Sapukan lemon pada muka atau parut - potong kan sehiris lemon atau setengah lemon dan kemudian sapu-sapu kan jusnya pada muka. Lemon ni femes dengan kandungan AHA semulajadi yang terbukti boleh hilangkan parut jerawat. 

2. Madu - Madu adalah pelembab semulajadi, yang boleh baiki struktur kulit which akan memudarkan parut pada muka! Kat dapur mesti ada madu kan?

3. Kurangkan minum kopi - kafein dalam kopi akan menyebabkan badan kita kurang air - jadi parut yang sedang nak sembuh tak dapat sembuh dengan sempurna. 

4. Naikkan daya tahan kulit dengan supplemen - Satu sebab kenapa muka kita asyik berparut bila berjerawat ni ialah sebab kurang daya tahan. Kurang daya tahan kulit ni sebab badan kurang kolagen, antioksidan dan protein. 

Kalau protein bagus, kulit susah nak naik jerawat. 
Kalau antioksidan dan daya tahan tinggi, kulit akan kurang kerap berparut.







Jika anda ada any concern tentang tahap kesihatan anda dan anda nak usaha menjadi lebih sihat, boleh lah contact saya untuk FREE consultation.

Sara Amelia
Shaklee Independent Distributor
Whatsapp No : +6011 3788 4868
Emel : revampwithsara@gmail.com
IG/FB : @revampwithsara/ Revamp with Sara

No comments:

Post a Comment