Cara Pekatkan Kuah Masak Lemak Yang Cair Macam Air!

Nak share pengalaman

Semalam lepas habis gym pukul 9, suami call: 


"Boleh tak masakkan tomyam?"


"Barang takde!" - nak cuba ngelat, tapi memang betul banyak bahan takde kat rumah. 

"Ok, kita pergi HERO - tengok apa ada. 

Betul bersungguh dia nak tomyam ni. Ceritanya dah lama juga tak masak untuk suami, lately banyak masak simple ke; ayam goreng dengan budu, bubur ayam, ikan goreng, pasta goreng, gitu2 je. So, ni nampak beria ni kita pun layankan. 

Tapi sampai kat HERO, banyak barang dah takde. Daun limau, daun sup semua dah takde. Dalam hati ni, fuhh maybe dia ajak tapau je lah tomyam pasni. 

Tapi tidak.... "B masak ayam masak lemak lah, dah lama tak masak kan?" 

Baiklah, saya menyahut cabaran!

Ok, balik potong-potong, blend-blend bahan semua - then masak. 

Tiba-tiba rasa macam eh, kenapa kuah ni macam cair je.............



Terus panggil suami datang dapur and tengok, mintak simpati. Tanya dia kuah cair ni takpe ke? 

Ingatkan dia kata tak apa, dia kata tak ok - buat sampai OK -.-" 

So fikir-fikir macam mana nak pekatkan kuah ni sikit. 

Santan lebih takde, 
Selalu orang cakap letak tepung - tepung takde, 
Nak letak kunyit lagi - kang kuning sangat pulak! 
Ayam pun dah tak ada lebih 
Nak letak tomato pun tak ada 

Lepas tu terfikir pasal kentang dalam kuah lemak tu 
Selalunya kentang ni kita biar lama dalam masakan, dia akan empuk lepas tu pekatkan kuah sikit 
Tapi sebab kuah dah cair semacam ni 

I keluarkan sikit kentang dari dalam kuah tu, 
I LENYEK-LENYEK KAN DIA! 
Ala-ala macam mashed potato gitu. 
"Harap-harap jadi lah, kalau jadi - aku nak tulis dalam blog!"

Keluarkan sikit kentang dari dalam kuah tadi
Lenyek-lenyek pakai garpu

Lepas tu masuk balik dalam kuah, 
Biar lama sikit, api kecikkan, 
Kentang I gantikan dengan kentang baru, masuk dalam kuah

Lepas tu, TADAAAAAAAAAA!
Kuah dah pekat macam yang kita mahu! 

Berlagak, panggil husband masuk dapur suruh dia tengok kuah yang kita dah berjaya pekat kan ni! 

Dia pun eksennn cakap "Ala, you letak santan lagi", hehee

Jadi, kalau you nak pekatkan kuah lemak, kari, atau apa2 yang ada kentang dalam kuah tu - lenyekkan kentang tu sikit! 

Letak kicap sikit, perghhhh!

No comments:

Post a Comment